3 Ustaz Anda Boleh Follow Untuk Menjawab Kemusykilan Mengenai Agama


Kemudahan teknologi masa kini telah merubah cara kita menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Kalau dahulu, jika kita was-was tentang sesuatu, boleh saja kita berjumpa dengan ustaz di sekolah atau pusat pengajian untuk mengajarkan kita tentang hal tersebut. Namun kini dengan kemudahan teknologi maklumat, semuanya hanya di hujung jari.

Segala pertanyaan boleh saja diajukan kepada ustaz yang pakar dalam hal ehwal agama ini di laman media sosial serta Google. Namun kenalah juga kita hati-hati, tidak semua ustaz Facebook dan Google ini benar belaka.

Oleh itu, kami senaraikan 8 Ustaz yang boleh anda follow di Facebook untuk menjawab kemusykilan mengenai agama.

1. Ustaz Dato Ismail Kamus



Dilahirkan pada 2 Disember 1948, Ustaz Ismail Kamus pernah mendapat gelaran Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada tahun 2012. Beliau juga bukan calang-calang orangnya. Selain mendapatkan pendidikan di Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustaz Ismail Kamus juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Berguru dengan ulama tersohor, Asy-Sheikh Mahmood al-Arif al-Bukhori, Ustaz Ismail gemar berkongsi video perihal ilmu agama di Facebook selain berdiskusi tentang perihal jin dan gangguan sihir.

Facebook: Ustaz Dato Ismail Kamus


2. Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani



Ustaz ini mungkin lebih ramai mengenalinya kerana sering muncul di kaca televisyen dalam rancangan seperti Tanyalah Ustaz, Zikir Hati, Semanis Kurma dan beberapa rancangan radio di Ikim.fm. Beliau seorang pendakwah bebas yang berkelulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dan undang-undang serta pernah menuntut di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

Kini Ustaz Ahmad Dusuki merupakan Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi dan gemar berkongsi video

Facebook : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

3. Ustaz Zamri Zainuldin



Bukan sekadar ustaz biasa, Ustaz Zamri Zainuldin merupakan seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan consultancy serta pelbagai latihan melibatkan soft skill di agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Pos Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SYABAS dan lain-lain.

Beliau juga telah mengendalikan berpuluh-puluh kem solat dan merupakan pengasas kaedah MABAH (Mendidik Anak Berinspirasikan Al-Quran dan Hadis). Ustaz Zamri gemar merakam vlog di Youtube dan mempunyai laman web sendiri berkaitan perkongsiannya mengenai ilmu agama.

Facebook: Ustaz Zamri

Laman web : Zamri Zainuldin

Jom ikuti mereka ini untuk mendalami ilmu agama dengan lebih baik! 

(Source : lobakmerah.com)
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==